Wednesday, September 4, 2013

Pakaian saya..

Kalau diikutkan zaman sekarang ni, pakaian atau fesyen merupakan topik utama perbualan masyarakat kini dan ia dipandang tinggi oleh berbagai pihak, biarpun lelaki atau perempuan. Ingin kelihatan menarik dan cantik, tampan dan seksi atau menjadi tarikan pandangan orang lain terhadap diri mereka seperti artis adalah keinginan yang ingin mereka kecapi. Dengan itu berbagai gaya pemakaian telah mereka cuba. Jika ia dapat menarik perhatian, mereka akan jaga, tetapi kita juga harus ingat, menjaga pakaian itu memang bagus dan penting, malah ia juga wajib di sisi islam. Jadi ia perlulah dijaga, dari segi menutupkan aurat kita. Ia harus dipandang serius.

Janganlah kita berpakaian lengkap menutup aurat tetapi kita memakai pakaian yang ketat. Memakai pakaian yang ketat secara automatiknya ia akan memaparkan bentuk tubuh kita. Ia tidak elok disisi islam. Memang ia kelihatan menarik dan cantik tetapi, berpakaian ketat ini juga boleh mengundang pelabagai musibah pada diri kita. Saya ingin berkongsi satu cerita dan ini merupakan peristiwa yang telah benar-benar berlaku di Aceh, Indonesia seperti gambar yang telah dipaparkan ini. 


"Di Aceh, Indonesia - Sekumpulan pelajar wanita kena tegur kerana berseluar ketat. Seorang pegawai berpakaian seragam pihak berkuasa tempatan Aceh memberi nasihat kepada sekumpulan pelajar wanita mengenai penampilan mereka. Pegawai itu menegur mereka kerana memakai seluar ketat yang dianggap secara tidak langsung menunjukkan aurat, meskipun bertudung, selepas mereka ditahan di Bandar Aceh. Aceh adalah wilayah tunggal Indonesia yang melaksanakan Syariah. - Foto AFP"

Di facebook ada seorang pengguna telah pos, mengenai situasi ini. Terdapat pelbagai maklumbalas yang telah diberikan oleh pengguna lain. Setelah saya lihat maklum balas yang diberikan di facebook mengenai kes ini. Kebanyakannya menyalahkan artis, kerana jika artis tidak berpakaian begitu pasti mereka juga tidak akan mengikut berpakaian sebegitu juga. Selepas membaca komen tu, tiba-tiba ada satu persoalan yang terlintas dan bermain-main di fikiran saya.

"Adakah pakaian yang ingin kita pakai atau yang akan kita pakai telah ditetapkan oleh artis.??" 

TIDAK..Pada saya, jika dipandang secara logic dan positif janganlah kita salahkan artis kerana mereka berpakaian begitu rupa, tetapi salahkan diri kita sendiri kerana kita tidak pandai menjaga pakaian kita sendiri dan terlalu mengikut fesyen semasa sehingga lupa baik buruk pakaian itu disisi islam. Janganlah kita tuding jari pada orang lain, sedangkan kita juga telah melakukan kesilapan yang sama seperti artis-artis tersebut. 

Harap sesiapa yang dah baca ni dapat jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk diri kita sendiri dari segi pemakaian, baik lelaki ataupun perempuan. Saya hanya tolong sampaikan sahaja.