Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..kali ni aq xde cerita menarik yang dapat aq ceritakan tapi aq nak kongsikan perasaan aq sikit..entah kenapa la perasaan aq tiba2 tak tentu arah sejak dua tiga hari ni..aq x faham la dengan perangai orang sekarang ni..bila ada masalah je kelar tangan..marah je, kelar tangan..aq tak pernah ajar korang kelar tangan..inilah orang-orang zaman sekarang..suka sangat buat benda bodoh, yang melibatkan kita sendiri kehilangan nyawa untuk menyelesaikan masalah..cuba fikir..kenapa korang buat mcm tu.??? adakah berbaloi kalau korang buat macam tu.??? haha..pandai-pandai korang la tentukan mana yang baik dan mana yang buruk..sekiranya kita ada akal fikiran pasti kita dapat berfikir..aq bukan sengaja nak buka cerita ni cuma kejadian ni pernah berlaku dekat orang yang aq sayang..lepas dia kena tinggal dek pakwa dia (bukan aq ek), ni la kerja yang dia buat..nasihat yang aq berikan pon x cukup tuk mengubati hatinya tu..aq kesian dengan dia..aq da buntu..semoga allah dapat membantu dia selesaikan masalah kehidupannya..ini adalah doa ikhlas dari aq kerana aq sayangkan dia..haha..sebelum aq terlepas cakap atau silap menceritakan hal yang sebenar..aq tutup cerita sampai sini saja la..pada siapa yang dah baca blog aq yang tak seberapa ni..tolong la jangan buat kerja bodoh ni sebagai penutup segala masalah..seelok-eloknya berdoalah kepada yang esa..mohon petunjuk dari-NYA..
Sunday, September 25, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Laman sosial atau laman "so sial".???
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..haha aq ada 1 cerita menarik yang aq nak ceritakan kat korang..baru2 ni aq ada la online friendster sekejap sebab nak main game dia..game dia boleh tahan gak bestnya..friendster ni lebih kurang macam facebook & twitter la..bleh add org jadi kawan & boleh chat..waktu aq tengah online khusyuk main game, ada sorang mamat ni add aq..lepas aq accept dia, dia ada hantar aq beberapa mesej..haha..geli doh kalo baca..haha..baca la..
ni mesej pertama yang dia hantar kat aq |
ni pula mesej kedua dia |
Aduh, aq da tak faham la manusia zaman sekarang ni..sejenis pon dia nak jadikan pasangan(couple)..ni baru dekat friendster..kalo dekat yahoo mail pon sama..de jugak yang minta aq jadi dia punya pengedar najis dadah..aih..laman sosial dah disalah guna oleh manusia didunia ini..kita sebagai pengguna laman sosial, gunalah ia seelok-eloknya..elok2 sebutannya laman sosial terus jadi laman "so sial"..kan da teruk tu..aih, fikir la sendiri..
Sunday, September 11, 2011
Adab kita wajah kita..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..haha da lama aq tak update blog aq ni..semua ni sebab aq tengah cari topik yg sesuai tok blog ni..haha meh sini aq nak kongsi cerita sikit..hari ni aq nak pergi praktikal..aq tak kan beritahu tempat aq praktikal tu kat mne..aq bukan nak cakap tentang praktikal atau apa2 yang berkaitan dengan praktikal tapi aq nak ceritakan tentang satu kejadian..kejadian ni berlaku waktu pagi 9/9/2011..hari jumaat..pagi tu lepas sampai kat tempat aq praktikal, aq tengok pemandangannya punya la indah dengan bunga2 nye dengan angin btiup sepoi2 bahasa terasa kat pipi aq ni..sedap mata memandang buatkan hati tenang je aq rasa waktu tu..waktu aq tengah dok termenung sorang2 tiba2 de sorang "awek" lalu depan aq..peh..seksi tak boleh nak katakan, lawa pon tak dapat aq nak ceritakan..wat mulut terleleh air liur..dia lalu depan aq punya la lembut, lemah gemalai..aq pon wat la muka tampan jap..lepas tu tiba2 dia buang sampah..waktu dia buang tu dia buat tak tau je yang aq ada dekat situ..aq ni halimunan ke.??? alamak, hancur sudah hati aq nak ngorat dia..harap je muka cantik tapi hampeh..main buang sampah macam tu je..mak aih..woit, adab kita wajah kita bak kata abi kat dalam cerita HKLBR..buang sampah pon boleh dikatakan adab kita juga..jgan la fikir pakaian da top seksi wat orang akan anggap awak tu cantik..tak..adab awak pon memainkan peranan terhadap kecantikan awak tu..kot ye pon kalo nak buang sampah, buang la kat tempat yang betul..tong sampah..jangan la main campak mcm tu je..tong sampah da disediakan, tinggal kita isikan sampah je..macam ne la tak berlakunya kes longkang & parit tsumbat, sungai banyak sampah,pencemaran alam..bila da berlaku itu ini baru la buat aduan..kita sendiri yang merosakkan bumi ini.alahai..fikir la dulu sebelum main buang je..kita semua bertanggungjawab terhadap kebersihan bumi ini..fikirlah dulu sebelum bertindak ok..
Tong sampah dah pon disediakan..tinggal kita sahaja yg perlu isikannya dengan sampah.. |
Adakah keadaan sebegini yang kita inginkan.??? fikirlah sendiri.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)