Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..haha da lama aq tak update blog aq ni..semua ni sebab aq tengah cari topik yg sesuai tok blog ni..haha meh sini aq nak kongsi cerita sikit..hari ni aq nak pergi praktikal..aq tak kan beritahu tempat aq praktikal tu kat mne..aq bukan nak cakap tentang praktikal atau apa2 yang berkaitan dengan praktikal tapi aq nak ceritakan tentang satu kejadian..kejadian ni berlaku waktu pagi 9/9/2011..hari jumaat..pagi tu lepas sampai kat tempat aq praktikal, aq tengok pemandangannya punya la indah dengan bunga2 nye dengan angin btiup sepoi2 bahasa terasa kat pipi aq ni..sedap mata memandang buatkan hati tenang je aq rasa waktu tu..waktu aq tengah dok termenung sorang2 tiba2 de sorang "awek" lalu depan aq..peh..seksi tak boleh nak katakan, lawa pon tak dapat aq nak ceritakan..wat mulut terleleh air liur..dia lalu depan aq punya la lembut, lemah gemalai..aq pon wat la muka tampan jap..lepas tu tiba2 dia buang sampah..waktu dia buang tu dia buat tak tau je yang aq ada dekat situ..aq ni halimunan ke.??? alamak, hancur sudah hati aq nak ngorat dia..harap je muka cantik tapi hampeh..main buang sampah macam tu je..mak aih..woit, adab kita wajah kita bak kata abi kat dalam cerita HKLBR..buang sampah pon boleh dikatakan adab kita juga..jgan la fikir pakaian da top seksi wat orang akan anggap awak tu cantik..tak..adab awak pon memainkan peranan terhadap kecantikan awak tu..kot ye pon kalo nak buang sampah, buang la kat tempat yang betul..tong sampah..jangan la main campak mcm tu je..tong sampah da disediakan, tinggal kita isikan sampah je..macam ne la tak berlakunya kes longkang & parit tsumbat, sungai banyak sampah,pencemaran alam..bila da berlaku itu ini baru la buat aduan..kita sendiri yang merosakkan bumi ini.alahai..fikir la dulu sebelum main buang je..kita semua bertanggungjawab terhadap kebersihan bumi ini..fikirlah dulu sebelum bertindak ok..
|
Tong sampah dah pon disediakan..tinggal kita sahaja yg perlu isikannya dengan sampah.. |
|
Adakah keadaan sebegini yang kita inginkan.??? fikirlah sendiri.. |
No comments:
Post a Comment