Friday, August 9, 2013

Bertindak Cepat Sebelum Terlambat



Saya ada satu cerita yang ingin dikongsikan dengan semua. Semua pihak perlu ambil perhatian dengan apa yang akan saya ceritakan ni, baik lelaki ataupun perempuan tetapi perempuan perlu baca kisah yang saya ingin sampaikan ni kerana kisah ni pernah disiarkan dalam berita di Malaysia. 
-
Dalam bulan Julai lepas, ada seorang pakcik ingin berkongsi satu kisah yang pernah dialami oleh dia pada 8 tahun yang lepas iaitu kisah dimana dia pernah memberi nasihat kepada seorang gadis. Dia memberi nasihat supaya gadis tersebut jaga pemakaiannya dan jangan memakai pakaian yang terlalu menonjol, ketat dan seksi apabila berada di luar rumah atau bersama khalayak ramai tetapi gadis tersebut mengendahkan sahaja kata-kata dan nasihat yang telah disampaikan oleh pakcik. Pakcik tersebut dapat perhatikan keadaan sekeliling yang kurang menyenangkan apabila gadis itu lalu kawasan tempat tinggalnya. Banyak mata yang memandang pada gadis itu, khususnya kaum lelaki. Pakcik benar-benar kecewa dengan gadis tersebut kerana tidak dengar cakap pakcik tersebut. Dia tetap dengan cara pemakaian sebegitu diluar rumah dan dikhalayak ramai dan telah menjadai tatapan umum bagi orang sekeliling yang melalui kawasan tersebut.
-
Jaga pemakaian amat penting..kita wajib menjaganya..
Sebulan kemudian, pakcik itu telah digemparkan dengan satu tragedi ngeri dimana gadis yang telah dinasihatinya telah terlibat dalam satu kejadian rogol bersiri. Gadis tersebut telah menjadi mangsa rogol. Bukan itu sahaja, selepas dirogol, gadis tersebut juga telah dibunuh dan telah dibakar mayatnya sehingga rentung. Suspek utama bagi kejadian ngeri ini telah dikenal pasti dan telah ditangkap oleh pihak polis. Suspek merupakan rakan sekolah dan rakan sekelas gadis tersebut dan merupakan jiran kepada pakcik ini. Suspek telah disoal siasat dan antara kenyataan suspek yang menjadi perhatian pihak berkuasa adalah “dia tidak tahan dengan cara pemakaiannya yang seksi gadis tersebut, menonjol dan menjolok mata dan tergoda dengan lentok badan gadis itu kerana memakai pakaian yang ketat”. Suspek telah ditahan dan telah dipenjara. Pakcik tersebut benar-benar berasa sedih dan kecewa atas kejadian yang telah berlaku ini. Nasihat yang telah diberi diendahkan begitu sahaja.
-
Seorang gadis telah menjadi mangsa rogol kepada seorang rakan sekolahnya dan sebab mengapa dirogol adalah kerana cara “pemakaiannya”. Sebenarnya kejadian jenayah sebegini mudah je kalau nak dibendung, antaranya ialah dengan menjaga “pemakaian” kita. Memang la cantik dan lawa bila pakai pakaian yang seksi ni tapi ia lagi memudahkan kamu untuk dijadikan mangsa tragis macam ni. Ingatlah jika cara pemakaian kita dijaga dengan elok, tidak terlalu seksi, tidak terlalu menonjol di khalayak ramai kejadian sebegini boleh di elak dengan mudah. Kita perlu Bertindak Cepat Sebelum Terlambat untuk mengubah kejadian ini berlaku lagi. 
-
Saya disini tidak menyalahkan mana-mana pihak, samada lelaki atau perempuan. Saya hanya ingin menyampaikan dan berkongsi berita sahaja kerana ia telah pun dan benar-benar berlaku di sini. Untuk kebaikan semua pihak, jagalah pemakaian kita supaya kisah begini tidak lagi berlaku. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment