Wednesday, November 13, 2013

Aku Menantimu Sayang


Cerita ini mengisahkan tentang percintaan seorang gadis iaitu Dhia bersama seorang lelaki yang berakhir penuh dengan tragis dan penyesalan di atas kesalahan dan kesilapannya terhadap cinta.


Kisahnya bermula pada waktu petang pada tarikh 19  julai di Tasik Cempaka, Selangor. Ia bermula di mana seorang lelaki bernama Safuan berada di sekitar taman tasik Cempaka. Dia merupakan seorang pelajar dari pusat pengajian berdekatan. Ketika itu dia sedang duduk sendirian di sebuah pondok di tasik tersebut dan bernyanyi. Ia merupakan tempat yang sering menjadi persinggahannya untuk sendirian dan bernyanyi selepas habis kuliahnya atau pada waktu lapangnya. Pada masa yang sama sekumpulan gadis sedang beriadah bersama di taman itu juga. Ketika berjalan, mereka perasaan akan suara nyanyian seseorang. Mereka pun mencari dan mencari dari manakah suara itu dan kelihatan suara itu daripada seorang lelaki yang sedang berada di pondok yang berdekatan dengan tasik(Safuan) dan mereka memaksa Dhia, salah seorang daripada mereka pergi ke arah Safuan untuk berkenalan dan memuji kerana suaranya yang merdu bila menyanyi. Selepas perkenalan mereka, Dhia ingin lebih mengenali diri Safuan dengan lebih dekat lagi dan Safuan pula tidak kisah akan keadaan tersebut. Sekian lama mereka sering bertemu dan berjumpa, Dhia ingin mengambil safuan sebagai kekasihnya dan safuan begitu gembira dan menerima Dhia untuk menjadi kekasih kepadanya. Sudah mencecah 5 bulan perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Tiba-tiba Safuan perasan akan perubahan sikap pada Dhia, Dhia bagaikan sudah mula kurang berinteraksi, atau kurang berminat untuk melayannya dan kerap memegang telefon bimbitnya bagaikan dia sudah ada orang lain. Safuan tidak kisah dan biarkan sahaja dan dia beranggapan itu hanya mainan emosi sahaja tetapi di dalam hatinya terasa pasti ada sesuatu yang tidak kena. Keesokannya pula, seperti biasa Safuan berjalan sendirian di sekitar tasik cempaka selepas tamat kuliahnya. Dia duduk berehat di pondok yang sama, sendirian dan bernyanyi. Tiba-tiba Safuan melihat sebuah kereta sedang parking di lot tasik tersebut. Dia melihat ada seorang gadis keluar dari kereta tersebut. Kelihatan seperti Dhia yang baru sahaja keluar dari kereta itu. Safuan tesenyum kerana ia sememangnya Dhia. Safuan ingin memanggilnya tapi dia perasan akan kehadiran seorang lelaki bersamanya. Dalam diam Safuan memerhatikan pergerakan mereka. Tiba-tiba air mata Safuan mengalir. Dia menangis. Dia menangis apabila melihat Dhia berjalan berpegangan tangan dan berpelukan bersama lelaki tersebut. Terdetik di hati Safuan "betulkah apa yang aku nampak tadi, mungkin inilah yang aq rasakan semalam bila bersama Dhia". Safuan lari meninggalkan kawasan tersebut. Dhia tidak perasan akan kehadiran safuan tetapi dia nampak kelibat seorang lelaki yang sedang berlari meninggalkan pondok tersebut. Dhia biarkan sahaja dan menoleh kembali dirinya bermesraan bersama lelaki itu.

Seminggu kemudian, Dhia pergi berjumpa dengan safuan dan menegurnya "Awak, dalam seminggu ni awak kenapa dah tak mesej saya dengan kol saya. Ada sesuatu yang tak kena ke". Safuan terkejut melihat Dhia. Pada waktu itu apa yang Safuan fikikan hanyalah  ingin menanyakan tentang cerita sebenar di tasik tetapi dia takut. Dia takut Dhia akan marah dan merajuk padanya kerana beranggapan sebegitu padanya. Apa yang Safuan mampu hanya menahan dan memberikan senyuman pada Dhia dan berkata "eh ok la. Saya dah lambat ke kuliah ni sayang. Nanti ada masa kita jumpa k. Bye sayang". Dhia pun tersenyum dan didalam dirinya berkata "tak pernah-pernah dia panggil saya sayang, mesti ada apa-apa ni". Safuan bergegas meninggalkan si dhia. Dia ingin lafazkan apa yang tersimpan di hatinya, dia ingin keluarkan setiap persoalan yang sudah menyeksanya selepas dia melihat kejadian seminggu yang lalu. Selepas Safuan pergi meninggalkan Dhia, telefon safuan berbunyi. Dia lihat ada mesej yang diterimanya "boleh kau jangan ganggu Dhia. Dhia awek aku. Sekali lagi aku nampak kau dengan si dhia. Aku bantai kau nanti". Mesej tu dari seseorang yang tak dikenalinya. Safuan biarkan sahaja. Beberapa hari kemudian, pada waktu petang Safuan pergi keluar bersiar-siar bersama dengan Dhia. Safuan rasa begitu gembira bila bersama dengan Dhia walaupun di dalam hatinya banyak persoalan yang ingin di tanya olehnya. Tiba-tiba safuan telah di tumbuk dan di belasah oleh sekumpulan lelaki. Salah seorang daripadanya adalah lelaki yang kelihatan sama seperti kejadian di Tasik yang lalu. Si lelaki menjerit pada Safuan "kan aku dah cakap jangan kau dekat dengan si dhia. Dhia awek aku. Padan muka kau". Si lelaki pergi meninggalkan Safuan dan menarik Dhia pergi bersamanya. Safuan terasa pedih dan sakit setelah dibelasah oleh mereka. Hatinya berkata "jawapan setiap persoalan, sudah terjawap tapi kenapa mesti aku". Safuan pulang. Pada waktu malam, di rumahnya, Safuan rasa dirinya bagaikan terhina dengan apa yang telah terjadi padanya petang tadi. Satu malam dia termenung mengenangkan, memikirkan tentang perhubungannya dengan si Dhia sehingga dia lupa untuk tidur.

Ketika di bilik kuliah, kawannya bernama Amar melihat Safuan dan bertanya bertanya "eh safuan, kenapa muka kau ni. Macam kena bantai je. Apa yang dah berlaku?". Safuan terdiam kaku. Dia tidak mampu jawap pertanyaan Amar kerana jawapan yang ingin dia berikan benar-benar menyeksakan dirinya dan tidak tahu samaada mampukah dia menahan kata-kata itu. Air matanya tiba-tiba mengalir di hadapan Amar. Amar terkejut melihat Safuan menangis "takpe la Safuan aku dah lama kenal kau. Aku tau mesti ada yang tak kena ni. Ada masa nanti kau cerita lah dekat aku. Lap air mata kau tu, nanti apa budak-budak ni cakap nanti kalau nampak kau nangis ni". Pada waktu petang, Safuan dan Amar bermain bola sepak bersama yang lain. Sewaktu sedang berehat, Amar nampak Safuan sedang termenung, dia pergi ke arah Safuan dan duduk. Kemudian Safuan berkata "Mar, Dhia tipu aku, Dhia curang pada aku Mar. Aku betul-betul sayang dia, cinta pada dia tapi ni balasannya dia berikan pada aku Mar. Aku sudah berniat untuk melamar dia sebelum aku pergi Mar". Amar tersentak kaku bila mendengar luahan Safuan dan memberi semangat kepadanya kerana mereka adalah sahabat sejak di bangku sekolah lagi. "Takpe lah Safuan, aku kenal kau dah lama. Kau kena teruskan hidup, jangan sia-siakan, lupakan sahaja Dhia. Tabahkan hati kau tu". Safuan secara tiba-tiba menangis di hadapan kawan-kawannya. Mereka perasan "woi Amar buat Safuan menangis lah. Macam pasangan kekasih. Jom kita belasah Amar. Hahahaha!!!". Amar pun terkejut dengan kata-kata dari mereka dan rasa malu "woi korang, mana ada. Aaahh!!!". Situasi tersebut membuatkan Safuan kembali ceria dan rasa bersyukur kerana mempunyai sahabat yang memahami seperti Amar. Sebulan kemudian, Safuan seperti sudah melupakan tentang apa yang sudah berlaku padanya dengan Dhia. Dia pergi ke kuliah seperti biasa, berjumpa dengan kawan-kawan dan bergurau dengan yang lain. Dia bagaikan sudah melupakan apa yang sudah berlaku pada dirinya. Sewaktu pulang kuliah, Safuan berjalan kaki pulang ke rumah. Ketika berjalan, dia terserempak dengan Dhia. Waktu itu Dhia sedang bekerja di salah sebuah kedai serbaneka berdekatan dengan pusat pengajiannya. Dhia melambai kepadanya, Safuan tersenyum. Safuan benar-benar rindu padanya. Dia ingin melambai kembali tetapi dia harus pergi kerana si lelaki juga berada di situ. Dia lari. Dia lari menahan sedih dan pilu kerana di dalam hatinya masih terimpan perasaan sayang pada Dhia. Safuan menjerit.“Kenapa aku harus pergi. Kenapa aku perlu menahan semua ni. Kenapa!!”

Ketika dirumahnya, Safuan terima satu mesej daripada Dhia "Awak, saya rindu dekat awak. Saya minta maaf atas apa yang dah berlaku sebelum ni. Saya rindu dekat awak". Terdetik dihati safuan untuk mempercayai apa yang telah dihantar oleh Dhia tetapi Safuan masih tidak dapat menerima kenyataan. Pada hari yang sama, sewaktu Safuan sedang makan malam di gerai berdekatan bersama Amar, si lelaki tiba-tiba datang kepada mereka. Sendirian. "Bro, aku minta maaf atas apa yang dah aku buat dekat kau sebelum ni. Sekarang ni aku menyesal berkenalan dengan Dhia. Dhia paksa aku untuk terima dia sebagai kekasih aku. Banyak benda buruk tentang diri kau dia ceritakan pada aku. Dia beritahu kau kerap ganggu dia. Mesej dia, kol dia. Jujur aku tak tahu yang kau ni adalah pakwe dia, kekasih dia. Aku minta maaf. Ni aku lepaskan dia sebab aku dah tak tahan dengan perangai dia. Terima kasih bro. Selamat tinggal". Selepas lelaki itu pergi, Safuan dan Amar berasa hairan sehingga tidak tahu apa yang ingin diborakkan pada waktu itu. Safuan masih terbayang-bayang difikirannya. Adakah apa yang dikatakan oleh Dhia itu betul atau tidak ataupun apa yang dikatan oleh lelaki itu betul atau tidak. Safuan pun tertidur.dan keesokan harinya, Safuan pergi pergi bersarapan di gerai berdekatan. Sewaktu sedang berjalan ke gerai, di tempat parking kereta, dia perasan ada seseorang yang sedang mengekorinya dari belakang. Dia pun berjalan dengan laju dan sempat menyorok di sebuah lorong berdekatan. Orang tersebut pun mengejarnya dan mencari dimana Safuan berada dan terus beredar pergi dari situ. Selepas beberapa minit kemudian, Safuan lihat orang yang mengejarnya sudah tiada dan dia pun pergi semula ke arah gerai tersebut. Sewaktu sedang bersarapan, tiba-tiba Safuan terdengar suara "kenapa awak lari dari saya, awak dah tak sayang saya ke? awak, awak dapat tak mesej saya. Ni bukan salah saya. Saya tak salah. Saya minta maaf". Safuan merasakan hairan kerana, kedua-dua belah pihak mengatakan benda yang sama mengapakah semua ini berlaku. Safuan terkejut kerana yang mengejarnya itu ialah seorang gadis dan ia kelihatan seperti Dhia. Ia sememangnya Dhia. Mengapa dia tidak perasan, orang yang mengekorinya adalah Dhia. Safuan pergi ke arahnya dan berkata "saya minta maaf saya tidak perasan. kenapa awak mengekori saya. Bukankah kita sudah tidak ada apa-apa"(berkerut). Dhia memandang Safuan dan memeluknya. Safuan menepis. Dhia tetap memaksa ingin memeluk Safuan sehingga membuatkan Safuan berasa rimas dan menjerit "Dhia!!! awak kenapa. Jangan ganggu saya". Dhia pun terdiam. Safuan sudah tidak dapat memikirkan apa-apa lagi dengan waras "sudah Dhia, saya dah tak tahu jawapan apa yang harus saya berikan. Kenapa awak minta maaf sedangkan awak tak salah. Awak macam ingin menutup sesuatu dari saya. Saya sayang awak, cintakan awak tapi awak tipu saya. Awak keluar dan bersama dengan lelaki lain. Takpe saya mengalah. Dapat tak awak merasakan apa yang saya rasakan ini"(nada yang tinggi). Safuan bergegas pergi meninggalkan dhia. Dhia menangis.

Seminggu kemudian, Dhia berjumpa dengan Amar. "Amar"(Dhia memanggil) . Amar menoleh dan kelihatan Dhia berada dibelakangnya."Ya Allah Dhia, Kenapa kamu macam tak terurus je ni"(Amar rasa kasihan terhadap Dhia). Amar mengajaknya minum tetapi Dhia bertanya padanya "Amar, dimana Safuan." Amar rasa hairan. Kenapa Dhia mencari Safuan sedangkan mereka sudah tidak ada apa-apa lagi. Perlu ke Amar bagitahu dia dimanakah Safuan. Tiba-tiba "Amar dengar tak. Aku betul-betul perlukan dia. Aku menyesal dengan perbuatan aku sebelum ni dekat dia. Aku nak minta maaf kat dia. Aku betul-betul sayang kat dia Amar". Dhia mohon pada Amar supaya beritahu padanya dimanakah Safuan berada. Amar benar-benar rasa bersalah kerana pada waktu sekarang Safuan ingin bersendirian dahulu, jika dia beritahu dimana Safuan berada buat masa sekarang ni mungkin akan memberi gangguan padanya tetapi Dhia sedang menangis di hadapannya dan orang ramai melihat pada mereka. Amar buntu dalam membuat keputusan dan dia terpaksa beritahu Dhia dimanakah Safuan berada. "Dhia, kamu dah buat Safuan benar-benar terluka. Sepanjang perkenalan saya dengan dia, baru kali ni saya melihat dia menangis seteruk ini. Kamu carilah dia dimana tempat selalunya dia akan sendirian dan bernyanyi". Dhia bertanya kembali "dimana Amar?". Amar berkata "kamu tahu dimana tempatnya, kamu carilah sendiri. Sampai sini sajalah saya dapat beritahu kamu. Saya minta maaf". Dhia rasa begitu kecewa dan hampa akan tindakan dirinya menduakan Safuan. Dhia teringat kembali waktu dimana dia berjumpa dan berkenalan dengan Safuan dan mendengarnya bernyanyi. Mungkin disitu Safuan berada sekarang ni. Di pondok berhampiran tasik cempaka. Amar terkejut apabila melihat Dhia secara tiba-tiba bergegas pergi, lari meninggalkan dia, Dhia seperti sudah tahu jawapannya dimana Safuan berada.
        

Perkataan yang dilafaz oleh Safuan



Dhia pun tiba di tasik cempaka. Ketika di pondok, Dhia melihat Safuan kelihatan sendirian, termenung, memandang ke arah tasik sambil memainkan gitar. Dhia telah terdengar kata-kata daripada Safuan.Dhia tersentak kaku apabila mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh Safuan. Dihatinya merasakan setiap kata-kata itu bagaikan luahan dari Safuan kepadanya. Dhia terharu, menangis. Dhia berkata padanya “Safuan, saya minta maaf atas setiap kesilapan saya pada awak”. Safuan melihat kebelakang, Dhia berada di situ, bersamanya. Adakah Dhia sudah mendengar kata-kata darinya tadi. Dhia mengulang kembali katanya “Safuan, saya minta maaf atas kesilapan saya pada awak. Saya sayang dekat awak. Saya menyesal Safuan. Saya menyesal”. Safuan melihat ke arah Dhia sambil tersenyum padanya. “Takpe, awak tak salah. Saya dah lama maafkan awak. Saya maafkan sebab saya sayang dekat awak. Lap air mata tu, tak manis nanti dipandang orang”. Dhia tersenyum selepas mendengar suara dari safuan. Safuan berkata lagi “Dhia, ini mungkin pertemuan terakhir kita di sini. Selepas ni saya sudah tiada di sini lagi, awak carilah seseorang yang mampu menjadi pengganti saya pada awak. Tadi adalah luahan terakhir saya pada awak. Terima kasih kerana menjadi kekasih saya, menjadi cinta saya. Saya sayang awak”. Tiba-tiba Safuan lenyap dari pandangan Dhia. Dhia pandang sekeliling, cari dan terus mencari Safuan di sekitar tasik tetapi tiada. Dhia kembali ke pondok, menangis dan menjerit memanggil Safuan. Di parking kereta tasik cempaka, siren ambulans berbunyi. Dhia terkejut, melihat orang ramai berkumpul, kelihatan seperti telah berlaku sesuatu di situ. Dhia bergegas pergi ke arah parking kereta untuk melihat apa yang sudah berlaku. Dhia bertanya pada salah seorang yang berada disitu. “Cik, ni kenapa ye. Apa yang dah berlaku.?”. Dhia melihat, kelihatan jasad seseorang telah terlantar di situ. “ni ada kemalangan teruk tadi, langgar lari. Kesian budak lelaki tu, walaupun yang melanggar tu dah dapat ditangkap tapi budak tu dah meninggal lepas dia kena langgar”. Dhia terkejut bila mendengar “budak lelaki?”. Dhia pandang semula pada mayat tersebut. Dhia pergi ke arahnya, duduk bersebelahan. Ternyata yang terlibat dalam kemalangan tu ialah Safuan. Dhia menjerit memanggilnya “Safuan!! Jangan tinggalkan saya Safuan. Saya perlukan awak, Saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan Saya. Safuan!!!”. Orang sekeliling memandang ke arahnya. Mereka kasihan dan simpati terhadap Dhia. Kini Safuan sudah tiada lagi untuk bersamanya, untuk menemaninya, melafazkan kata cinta padanya. Dhia rasa sebak kerana pertemuan terakhirnya yang berakhir dengan sebegini tragis. Dhia menangis, menggigil melihat jasad Safuan buat kali terakhir.

Setahun sudah kisah itu berlalu. Kini, Dhia kerap pergi ke pondok yang sering menjadi tempat persinggahan Safuan bagi melepaskan rindu padanya. Dhia bagaikan menanti kepulangan Safuan. Amat sedih kerana Dhia masih terkenang akan orang yang dia sayangi, orang yang telah pergi meninggalkan dirinya untuk selamanya. Di hatinya merasakan penantiannya penuh dengan penyesalan. Inilah kisah cinta yang tiada kesudahannya.



Kisah ini rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Insya allah.