Kisahnya bermula pada waktu petang pada tarikh 19 julai di Tasik Cempaka, Selangor. Ia bermula di mana seorang lelaki bernama Safuan berada di sekitar taman tasik Cempaka. Dia merupakan seorang pelajar dari pusat pengajian berdekatan. Ketika itu dia sedang duduk sendirian di sebuah pondok di tasik tersebut dan bernyanyi. Ia merupakan tempat yang sering menjadi persinggahannya untuk sendirian dan bernyanyi selepas habis kuliahnya atau pada waktu lapangnya. Pada masa yang sama sekumpulan gadis sedang beriadah bersama di taman itu juga. Ketika berjalan, mereka perasaan akan suara nyanyian seseorang. Mereka pun mencari dan mencari dari manakah suara itu dan kelihatan suara itu daripada seorang lelaki yang sedang berada di pondok yang berdekatan dengan tasik(Safuan) dan mereka memaksa Dhia, salah seorang daripada mereka pergi ke arah Safuan untuk berkenalan dan memuji kerana suaranya yang merdu bila menyanyi. Selepas perkenalan mereka, Dhia ingin lebih mengenali diri Safuan dengan lebih dekat lagi dan Safuan pula tidak kisah akan keadaan tersebut. Sekian lama mereka sering bertemu dan berjumpa, Dhia ingin mengambil safuan sebagai kekasihnya dan safuan begitu gembira dan menerima Dhia untuk menjadi kekasih kepadanya. Sudah mencecah 5 bulan perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih. Tiba-tiba Safuan perasan akan perubahan sikap pada Dhia, Dhia bagaikan sudah mula kurang berinteraksi, atau kurang berminat untuk melayannya dan kerap memegang telefon bimbitnya bagaikan dia sudah ada orang lain. Safuan tidak kisah dan biarkan sahaja dan dia beranggapan itu hanya mainan emosi sahaja tetapi di dalam hatinya terasa pasti ada sesuatu yang tidak kena. Keesokannya pula, seperti biasa Safuan berjalan sendirian di sekitar tasik cempaka selepas tamat kuliahnya. Dia duduk berehat di pondok yang sama, sendirian dan bernyanyi. Tiba-tiba Safuan melihat sebuah kereta sedang parking di lot tasik tersebut. Dia melihat ada seorang gadis keluar dari kereta tersebut. Kelihatan seperti Dhia yang baru sahaja keluar dari kereta itu. Safuan tesenyum kerana ia sememangnya Dhia. Safuan ingin memanggilnya tapi dia perasan akan kehadiran seorang lelaki bersamanya. Dalam diam Safuan memerhatikan pergerakan mereka. Tiba-tiba air mata Safuan mengalir. Dia menangis. Dia menangis apabila melihat Dhia berjalan berpegangan tangan dan berpelukan bersama lelaki tersebut. Terdetik di hati Safuan "betulkah apa yang aku nampak tadi, mungkin inilah yang aq rasakan semalam bila bersama Dhia". Safuan lari meninggalkan kawasan tersebut. Dhia tidak perasan akan kehadiran safuan tetapi dia nampak kelibat seorang lelaki yang sedang berlari meninggalkan pondok tersebut. Dhia biarkan sahaja dan menoleh kembali dirinya bermesraan bersama lelaki itu.
Seminggu kemudian, Dhia pergi berjumpa dengan safuan dan menegurnya
"Awak, dalam seminggu ni awak
kenapa dah tak mesej saya dengan kol saya. Ada sesuatu yang tak kena ke".
Safuan terkejut melihat Dhia. Pada waktu itu apa yang Safuan fikikan hanyalah ingin menanyakan tentang cerita sebenar di
tasik tetapi dia takut. Dia takut Dhia akan marah dan merajuk padanya kerana
beranggapan sebegitu padanya. Apa yang Safuan mampu hanya menahan dan
memberikan senyuman pada Dhia dan berkata "eh
ok la. Saya dah lambat ke kuliah ni sayang. Nanti ada masa kita jumpa k. Bye
sayang". Dhia pun tersenyum dan didalam dirinya berkata "tak pernah-pernah dia panggil saya
sayang, mesti ada apa-apa ni". Safuan bergegas meninggalkan si dhia.
Dia ingin lafazkan apa yang tersimpan di hatinya, dia ingin keluarkan setiap
persoalan yang sudah menyeksanya selepas dia melihat kejadian seminggu yang
lalu. Selepas Safuan pergi meninggalkan Dhia, telefon safuan berbunyi. Dia
lihat ada mesej yang diterimanya "boleh
kau jangan ganggu Dhia. Dhia awek aku. Sekali lagi aku nampak kau dengan si
dhia. Aku bantai kau nanti". Mesej tu dari seseorang yang tak
dikenalinya. Safuan biarkan sahaja. Beberapa hari kemudian, pada waktu petang Safuan
pergi keluar bersiar-siar bersama dengan Dhia. Safuan rasa begitu gembira bila
bersama dengan Dhia walaupun di dalam hatinya banyak persoalan yang ingin di tanya
olehnya. Tiba-tiba safuan telah di tumbuk dan di belasah oleh sekumpulan
lelaki. Salah seorang daripadanya adalah lelaki yang kelihatan sama seperti kejadian
di Tasik yang lalu. Si lelaki menjerit pada Safuan "kan aku dah cakap jangan kau dekat dengan si dhia. Dhia awek aku.
Padan muka kau". Si lelaki pergi meninggalkan Safuan dan menarik Dhia
pergi bersamanya. Safuan terasa pedih dan sakit setelah dibelasah oleh mereka.
Hatinya berkata "jawapan setiap
persoalan, sudah terjawap tapi kenapa mesti aku". Safuan pulang. Pada
waktu malam, di rumahnya, Safuan rasa dirinya bagaikan terhina dengan apa yang
telah terjadi padanya petang tadi. Satu malam dia termenung mengenangkan,
memikirkan tentang perhubungannya dengan si Dhia sehingga dia lupa untuk tidur.
Ketika di bilik kuliah, kawannya bernama Amar melihat Safuan dan
bertanya bertanya "eh safuan,
kenapa muka kau ni. Macam kena bantai je. Apa yang dah berlaku?".
Safuan terdiam kaku. Dia tidak mampu jawap pertanyaan Amar kerana jawapan yang
ingin dia berikan benar-benar menyeksakan dirinya dan tidak tahu samaada
mampukah dia menahan kata-kata itu. Air matanya tiba-tiba mengalir di hadapan
Amar. Amar terkejut melihat Safuan menangis "takpe la Safuan aku dah lama kenal kau. Aku tau mesti ada yang
tak kena ni. Ada masa nanti kau cerita lah dekat aku. Lap air mata kau tu,
nanti apa budak-budak ni cakap nanti kalau nampak kau nangis ni". Pada
waktu petang, Safuan dan Amar bermain bola sepak bersama yang lain. Sewaktu
sedang berehat, Amar nampak Safuan sedang termenung, dia pergi ke arah Safuan
dan duduk. Kemudian Safuan berkata "Mar,
Dhia tipu aku, Dhia curang pada aku Mar. Aku betul-betul sayang dia, cinta pada
dia tapi ni balasannya dia berikan pada aku Mar. Aku sudah berniat untuk
melamar dia sebelum aku pergi Mar". Amar tersentak kaku bila mendengar
luahan Safuan dan memberi semangat kepadanya kerana mereka adalah sahabat sejak
di bangku sekolah lagi. "Takpe lah
Safuan, aku kenal kau dah lama. Kau kena teruskan hidup, jangan sia-siakan,
lupakan sahaja Dhia. Tabahkan hati kau tu". Safuan secara tiba-tiba
menangis di hadapan kawan-kawannya. Mereka perasan "woi Amar buat Safuan menangis lah. Macam pasangan kekasih. Jom
kita belasah Amar. Hahahaha!!!". Amar pun terkejut dengan kata-kata
dari mereka dan rasa malu "woi
korang, mana ada. Aaahh!!!". Situasi tersebut membuatkan Safuan
kembali ceria dan rasa bersyukur kerana mempunyai sahabat yang memahami seperti
Amar. Sebulan kemudian, Safuan seperti sudah
melupakan tentang apa yang sudah berlaku padanya dengan Dhia. Dia pergi ke
kuliah seperti biasa, berjumpa dengan kawan-kawan dan bergurau dengan yang
lain. Dia bagaikan sudah melupakan apa yang sudah berlaku pada dirinya. Sewaktu
pulang kuliah, Safuan berjalan kaki pulang ke rumah. Ketika berjalan, dia
terserempak dengan Dhia. Waktu itu Dhia sedang bekerja di salah sebuah kedai
serbaneka berdekatan dengan pusat pengajiannya. Dhia melambai kepadanya, Safuan
tersenyum. Safuan benar-benar rindu padanya. Dia ingin melambai kembali tetapi
dia harus pergi kerana si lelaki juga berada di situ. Dia lari. Dia lari
menahan sedih dan pilu kerana di dalam hatinya masih terimpan perasaan sayang
pada Dhia. Safuan menjerit.“Kenapa aku harus pergi.
Kenapa aku perlu menahan semua ni. Kenapa!!”
Ketika dirumahnya, Safuan terima satu mesej
daripada Dhia "Awak, saya rindu
dekat awak. Saya minta maaf atas apa yang dah berlaku sebelum ni. Saya rindu
dekat awak". Terdetik dihati safuan untuk mempercayai apa yang telah
dihantar oleh Dhia tetapi Safuan masih tidak dapat menerima kenyataan. Pada
hari yang sama, sewaktu Safuan sedang makan malam di gerai berdekatan bersama Amar,
si lelaki tiba-tiba datang kepada mereka. Sendirian. "Bro, aku minta maaf atas apa yang dah aku buat dekat kau sebelum
ni. Sekarang ni aku menyesal berkenalan dengan Dhia. Dhia paksa aku untuk terima
dia sebagai kekasih aku. Banyak benda buruk tentang diri kau dia ceritakan pada
aku. Dia beritahu kau kerap ganggu dia. Mesej dia, kol dia. Jujur aku tak tahu
yang kau ni adalah pakwe dia, kekasih dia. Aku minta maaf. Ni aku lepaskan dia
sebab aku dah tak tahan dengan perangai dia. Terima kasih bro. Selamat
tinggal". Selepas lelaki itu pergi, Safuan dan Amar berasa hairan
sehingga tidak tahu apa yang ingin diborakkan pada waktu itu. Safuan masih
terbayang-bayang difikirannya. Adakah apa yang dikatakan oleh Dhia itu betul
atau tidak ataupun apa yang dikatan oleh lelaki itu betul atau tidak. Safuan
pun tertidur.dan keesokan harinya, Safuan pergi pergi
bersarapan di gerai berdekatan. Sewaktu sedang berjalan ke gerai, di tempat
parking kereta, dia perasan ada seseorang yang sedang mengekorinya dari
belakang. Dia pun berjalan dengan laju dan sempat menyorok di sebuah lorong
berdekatan. Orang tersebut pun mengejarnya dan mencari dimana Safuan berada dan
terus beredar pergi dari situ. Selepas beberapa minit kemudian, Safuan lihat
orang yang mengejarnya sudah tiada dan dia pun pergi semula ke arah gerai
tersebut. Sewaktu sedang bersarapan, tiba-tiba Safuan terdengar suara "kenapa awak lari dari saya, awak dah
tak sayang saya ke? awak, awak dapat tak mesej saya. Ni bukan salah saya. Saya
tak salah. Saya minta maaf". Safuan merasakan hairan kerana, kedua-dua
belah pihak mengatakan benda yang sama mengapakah semua ini berlaku. Safuan
terkejut kerana yang mengejarnya itu ialah seorang gadis dan ia kelihatan
seperti Dhia. Ia sememangnya Dhia. Mengapa dia tidak perasan, orang yang
mengekorinya adalah Dhia. Safuan pergi ke arahnya dan berkata "saya minta maaf saya tidak perasan.
kenapa awak mengekori saya. Bukankah kita sudah tidak ada
apa-apa"(berkerut). Dhia memandang Safuan dan memeluknya. Safuan
menepis. Dhia tetap memaksa ingin memeluk Safuan sehingga membuatkan Safuan
berasa rimas dan menjerit "Dhia!!!
awak kenapa. Jangan ganggu saya". Dhia pun terdiam. Safuan sudah tidak
dapat memikirkan apa-apa lagi dengan waras "sudah
Dhia, saya dah tak tahu jawapan apa yang harus saya berikan. Kenapa awak minta
maaf sedangkan awak tak salah. Awak macam ingin menutup sesuatu dari saya. Saya
sayang awak, cintakan awak tapi awak tipu saya. Awak keluar dan bersama dengan
lelaki lain. Takpe saya mengalah. Dapat tak awak merasakan apa yang saya
rasakan ini"(nada yang tinggi). Safuan bergegas pergi meninggalkan
dhia. Dhia menangis.
Seminggu kemudian, Dhia berjumpa dengan Amar. "Amar"(Dhia memanggil) . Amar
menoleh dan kelihatan Dhia berada dibelakangnya."Ya Allah Dhia, Kenapa kamu macam tak terurus je ni"(Amar
rasa kasihan terhadap Dhia). Amar mengajaknya minum tetapi Dhia bertanya
padanya "Amar, dimana Safuan."
Amar rasa hairan. Kenapa Dhia mencari Safuan sedangkan mereka sudah tidak ada
apa-apa lagi. Perlu ke Amar bagitahu dia dimanakah Safuan. Tiba-tiba "Amar dengar tak. Aku betul-betul
perlukan dia. Aku menyesal dengan perbuatan aku sebelum ni dekat dia. Aku nak
minta maaf kat dia. Aku betul-betul sayang kat dia Amar". Dhia mohon
pada Amar supaya beritahu padanya dimanakah Safuan berada. Amar benar-benar
rasa bersalah kerana pada waktu sekarang Safuan ingin bersendirian dahulu, jika
dia beritahu dimana Safuan berada buat masa sekarang ni mungkin akan memberi
gangguan padanya tetapi Dhia sedang menangis di hadapannya dan orang ramai
melihat pada mereka. Amar buntu dalam membuat keputusan dan dia terpaksa
beritahu Dhia dimanakah Safuan berada. "Dhia,
kamu dah buat Safuan benar-benar terluka. Sepanjang perkenalan saya dengan dia,
baru kali ni saya melihat dia menangis seteruk ini. Kamu carilah dia dimana
tempat selalunya dia akan sendirian dan bernyanyi". Dhia bertanya
kembali "dimana Amar?". Amar
berkata "kamu tahu dimana
tempatnya, kamu carilah sendiri. Sampai sini sajalah saya dapat beritahu kamu.
Saya minta maaf". Dhia rasa begitu kecewa dan hampa akan tindakan
dirinya menduakan Safuan. Dhia teringat kembali waktu dimana dia berjumpa dan
berkenalan dengan Safuan dan mendengarnya bernyanyi. Mungkin disitu Safuan
berada sekarang ni. Di pondok berhampiran tasik cempaka. Amar terkejut apabila
melihat Dhia secara tiba-tiba bergegas pergi, lari meninggalkan dia, Dhia seperti
sudah tahu jawapannya dimana Safuan berada.
Dhia pun tiba di tasik cempaka. Ketika di pondok, Dhia melihat Safuan kelihatan sendirian, termenung, memandang ke arah tasik sambil memainkan gitar. Dhia telah terdengar kata-kata daripada Safuan.Dhia tersentak kaku apabila mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh Safuan. Dihatinya merasakan setiap kata-kata itu bagaikan luahan dari Safuan kepadanya. Dhia terharu, menangis. Dhia berkata padanya “Safuan, saya minta maaf atas setiap kesilapan saya pada awak”. Safuan melihat kebelakang, Dhia berada di situ, bersamanya. Adakah Dhia sudah mendengar kata-kata darinya tadi. Dhia mengulang kembali katanya “Safuan, saya minta maaf atas kesilapan saya pada awak. Saya sayang dekat awak. Saya menyesal Safuan. Saya menyesal”. Safuan melihat ke arah Dhia sambil tersenyum padanya. “Takpe, awak tak salah. Saya dah lama maafkan awak. Saya maafkan sebab saya sayang dekat awak. Lap air mata tu, tak manis nanti dipandang orang”. Dhia tersenyum selepas mendengar suara dari safuan. Safuan berkata lagi “Dhia, ini mungkin pertemuan terakhir kita di sini. Selepas ni saya sudah tiada di sini lagi, awak carilah seseorang yang mampu menjadi pengganti saya pada awak. Tadi adalah luahan terakhir saya pada awak. Terima kasih kerana menjadi kekasih saya, menjadi cinta saya. Saya sayang awak”. Tiba-tiba Safuan lenyap dari pandangan Dhia. Dhia pandang sekeliling, cari dan terus mencari Safuan di sekitar tasik tetapi tiada. Dhia kembali ke pondok, menangis dan menjerit memanggil Safuan. Di parking kereta tasik cempaka, siren ambulans berbunyi. Dhia terkejut, melihat orang ramai berkumpul, kelihatan seperti telah berlaku sesuatu di situ. Dhia bergegas pergi ke arah parking kereta untuk melihat apa yang sudah berlaku. Dhia bertanya pada salah seorang yang berada disitu. “Cik, ni kenapa ye. Apa yang dah berlaku.?”. Dhia melihat, kelihatan jasad seseorang telah terlantar di situ. “ni ada kemalangan teruk tadi, langgar lari. Kesian budak lelaki tu, walaupun yang melanggar tu dah dapat ditangkap tapi budak tu dah meninggal lepas dia kena langgar”. Dhia terkejut bila mendengar “budak lelaki?”. Dhia pandang semula pada mayat tersebut. Dhia pergi ke arahnya, duduk bersebelahan. Ternyata yang terlibat dalam kemalangan tu ialah Safuan. Dhia menjerit memanggilnya “Safuan!! Jangan tinggalkan saya Safuan. Saya perlukan awak, Saya sayangkan awak. Jangan tinggalkan Saya. Safuan!!!”. Orang sekeliling memandang ke arahnya. Mereka kasihan dan simpati terhadap Dhia. Kini Safuan sudah tiada lagi untuk bersamanya, untuk menemaninya, melafazkan kata cinta padanya. Dhia rasa sebak kerana pertemuan terakhirnya yang berakhir dengan sebegini tragis. Dhia menangis, menggigil melihat jasad Safuan buat kali terakhir.
Kisah ini rekaan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Insya allah.
No comments:
Post a Comment