Assalamualaikum..hai kawan-kawan, meh sini kita kongsi cerita..Kawan-kawan, aq nak tanya sikit dekat korang semua..Aq nak tau la yang korang semua faham tak pe makna Maulidul Rasul tu..??

Hari ni kolej aq ada mengadakan "Sambutan Maulidul Rasul". Memang meriah betul sambutan tu. Ada pertandingan nasyid, teka teki tentang Baginda, tulisan rumi ke jawi. Banyak lagi la pertandingan yang kolej aq dah adakan. Semuanya memang best la tapi sambutan ni dah dicemari dengan bunyi bising. Bukan datang dari keadaan luar atau persekitaran tapi oleh hadirinnya sendiri.
Aq pelik la remaja sekarang ni. Diorang tau ke tak apa itu maulidul rasul sbenarnya. Kenapa kita mengadakan sambutan tersebut. sambutan Maulidul Rasul ni bukannya sebua pasar malam atau Supermarket tempat yang kita boleh buat bising atau berteriak tentang benda yang bukan-bukan. Tapi ianya adalah hari sambutan kelahin Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kita harus hormatinya.
Aq tau yang aq tak perlu memberi nasihat atau memarahi diorang tapi aq juga Umat Islam. Walaupun aq tidak begitu tahu apa-apa tentang Baginda S.A.W tapi aq harus atau perlu menghormatinya. Aq da malas nak cakap banyak-banyak. Jika/Sekiranya anda adalah umat islam, tolonglah hayati dan hormati majlis tersebut. Terima kasih..
No comments:
Post a Comment