Assalamualaikum..hai kawan-kawan, meh sini kita kongsi cerita..Kawan-kawan, aq nak tanya sikit dekat korang semua..Aq nak tau la yang korang semua faham tak pe makna Maulidul Rasul tu..??
Maulidul Rasul itu adalah hari sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal bersamaan 23 April. Ianya disambut pada setiap tahun. Baginda merupakan Nabi Serta Rasul yang diutuskan oleh ALLAH S.W.T kepada kita semua. Ianya merupakan hari paling bersejarah bagi umat islam seluruh dunia. Setiap umat islam harus atau pun perlu meraikannya. Bukan tarikh lahir kita sahaja yang perlu kita raikan tapi kelahiran juga perlu kita raikan.
Hari ni kolej aq ada mengadakan "Sambutan Maulidul Rasul". Memang meriah betul sambutan tu. Ada pertandingan nasyid, teka teki tentang Baginda, tulisan rumi ke jawi. Banyak lagi la pertandingan yang kolej aq dah adakan. Semuanya memang best la tapi sambutan ni dah dicemari dengan bunyi bising. Bukan datang dari keadaan luar atau persekitaran tapi oleh hadirinnya sendiri.
Aq pelik la remaja sekarang ni. Diorang tau ke tak apa itu maulidul rasul sbenarnya. Kenapa kita mengadakan sambutan tersebut. sambutan Maulidul Rasul ni bukannya sebua pasar malam atau Supermarket tempat yang kita boleh buat bising atau berteriak tentang benda yang bukan-bukan. Tapi ianya adalah hari sambutan kelahin Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kita harus hormatinya.
Aq tau yang aq tak perlu memberi nasihat atau memarahi diorang tapi aq juga Umat Islam. Walaupun aq tidak begitu tahu apa-apa tentang Baginda S.A.W tapi aq harus atau perlu menghormatinya. Aq da malas nak cakap banyak-banyak. Jika/Sekiranya anda adalah umat islam, tolonglah hayati dan hormati majlis tersebut. Terima kasih..
No comments:
Post a Comment