Siapa Tuan aq.????
Ayam laga. |
7 Feb 2011 - Hari ni aq nak ubah suai sikit persekitaran kandang ayam aq. Aku nak tanam pokok-pokok bunga sikit biar nampak cantik sikit. Dalam diam aq tengah khusyuk leka dengan kerja, aq nampak seekor ayam tak mungkin tu ayam aq sbb aq bela ayam kampung tapi ayam tu ayam laga. Aq pun cuba la nak tangkap ayam tu. Dapat.
Hari ni aq dapat tangkap seekor ayam laga. Aku tangkap sebab aq nak jaga ayam tu. Ayam ni penuh dengan luka dekat badan dia, dia punya bulu pun tak de. Tah dia jadi mangsa laga atau sabungan kot ataupun mungkin kena kejar dengan anjing liar.
Kalau tk salah aq, sekarang ni ada seekor anjing liar dah mula masuk tempat aq. Anjing liar tu kejar ayam-ayam dekat sini. Ayam aq, seekor induk tengah mengeram dngan seekor induk anak empat ekor jadi mangsa anjing tu. Saudara aq pulak ayam serama dia habis semua cuma seekor je yang tinggal. Kat tempat aq yang tinggal cuma bulu2 nye lah. Mungkin ayam laga ni pon jadi mangsa anjing tu.
Badan ayam laga tu |
Yang aq pelik nya, slalu nya ayam laga mesti punyai tuannya tapi yang ni tak de. Aq pernah tanya saudara aq yang ayam laga ni dia punya ke tapi dia cakap tak, bukan dia punya. Tak mungkin la ayam laga ni liar dan tak bertuan, kalau ayam ni liar tak mungkin la senang sangat aq nak tangkap dia. Jinak je dia datang kat aq. Aq hulur makan pastu dia datang kat aq.
Ayam ni aq tangkap takde niat pape pon cuma aq nak jaga dia biar sembuh dari luka-luka kat badan dia tu, aq rasa simpati. Aq tak de niat pun tuk melagakan dia atau menyabungkan dia pon. Perbuatan-perbuatab ni salah di sisi islam. Nawaitu aq baik. Aq nak jaga dia sahaja.
Kenangan yang manis bercampur masam.
Aq pon dulu ada bela ayam laga gak tapi ayam aq tu da kena curi orang. Aq pon tau la sikit-sikit hal pasal ayam laga, macam ne nak jaga. Tah kenapa tah dia curi ayam aq tu, aq nak tau sangat kenapa. Ayam kampung aq tak pulak dia curi tapi ayam laga aq gak. Kalo aq dapat la orang yang curi ayam aq tu memang tak kan aq lepaskan dia.
No comments:
Post a Comment