Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan meh sini kita kongsi satu cerita. Hari ni aq nak bagitau dekat korang semua apa yang telah aq lihat hari ni. Harini aq da lihat seorang remaja sedang menahan kesakitan akibat dia da ditimpa kemalangan.
Macam ni ceritanya. Harini sejurus lepas aq habis kolej, aq duduk lepak kat kedai dengan kawan-kawan sekejap sebelum balik. Aq duduk minum dengan diorang, lepas 10/20 minit aq pon balik. Aq selalunya balik ikut highway lekas, jalan tu lagi dekat dan cepat untuk aq balik rumah. Jalan tu tak pernah sesak pun, walaupun dekat "traffic light". Tapi lepas traffic light pertama(Semenyih-Bangi) aq nampak jalan tiba-tiba sesak. Aq pun tak kisah la, terus je jalan. Lepas tu aq nampak ada ramai orang tengah berkumpul macam tengah menahan kereta atau apa-apa kenderaan dari lalu tempat tu, aq terkejut yang diorang tengah keluarkan seorang budak dari parit. Aq pon berhenti la kat tepi jalan sebab aq nak tengok apa yang dah terjadi sebenarnya. Aq terkejut lepas nampak badan dengan kepala budak tu berdarah. Budak tu menjerit-jerit macam tengah menahan kesakitan. Aq perasan, jeritan budak tu macam tengah memanggil mak/ibunya supaya menolongnya.
Hargailah ibu kita. Sayangilah mereka. |
Lepas berhenti aq tanya orang sekeliling, aq nak tahu apa yang dah berlaku dan macam mana boleh kemalangan ni. Orang sekeliling pun tak tahu macam mana kemalangan tu berlaku tapi aq terdengar percakapan salah seorang orang yang menolong iaitu orang yang tinggal berdekatan cakap, "budak-budak tu bawa motor dengan laju dengan tak berhelmet lepas tu terus melanggar sebuah kereta dekat satu simpang". Aq sedar yang diorang tengah berpakaian sekolah. Mungkin diorang baru balik dari sekolah.
Bukan seorang budak je yang terlibat dalam kemalangan tu tapi 4 orang ( 2 motor). Aq nampak salah satu motor yang diorang tunggang tu dah remuk. 2 orang tercampak ke parit dan 2 orang lagi hanya terseret di jalan. Sorang budak boleh kira parah juga sebab kepala dia berdarah, tangan da tak boleh nak bergerak, kaki dia macam dah patah. Budak selebihnya tak seteruk dia, cuma luka-luka biasa. Aq kesian dekat budak-budak yang terlibat dengan kemalangan tu. Lagi-lagi dekat seorang budak yang menjerit meminta ibunya menolongnya, sedangkan ibunya tak de dekat situ.
Cuba kita bayangkan, kalau kita yang terlibat dalam kemalangan tu, meminta pertolongan ibu kita. Apa yang dah kita berikan dekat ibu kita, mak kita, bonda ataupun mama kita. Kesedihan, tangisan yang kita dah bagi dekat diorang iaitu orang yang dah melahirkan kita, menyusukan kita dan menjaga kita sedari kita kecil lagi. Kasihanilah mereka, walaupun tiada kejayaan yang dapat kita berikan tapi kegembiraan sudah cukup bagi mereka, percayalah. Mereka adalah harta yang paling berharga pada kita. Hargailah mereka. Semua kejadian ni mengingatkan aq dekat apa yang dah terjadi atau berlaku dekat aq sebelum ni, aq dah menyusahkan mak aq, keluarga aq. Janganlah korang lakukan apa yang pernah aq lakukan dekat mak aq dulu. Korang pasti akan menyesal. Hargailah mereka.
No comments:
Post a Comment