Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..kali ni aq xde cerita menarik yang dapat aq ceritakan tapi aq nak kongsikan perasaan aq sikit..entah kenapa la perasaan aq tiba2 tak tentu arah sejak dua tiga hari ni..aq x faham la dengan perangai orang sekarang ni..bila ada masalah je kelar tangan..marah je, kelar tangan..aq tak pernah ajar korang kelar tangan..inilah orang-orang zaman sekarang..suka sangat buat benda bodoh, yang melibatkan kita sendiri kehilangan nyawa untuk menyelesaikan masalah..cuba fikir..kenapa korang buat mcm tu.??? adakah berbaloi kalau korang buat macam tu.??? haha..pandai-pandai korang la tentukan mana yang baik dan mana yang buruk..sekiranya kita ada akal fikiran pasti kita dapat berfikir..aq bukan sengaja nak buka cerita ni cuma kejadian ni pernah berlaku dekat orang yang aq sayang..lepas dia kena tinggal dek pakwa dia (bukan aq ek), ni la kerja yang dia buat..nasihat yang aq berikan pon x cukup tuk mengubati hatinya tu..aq kesian dengan dia..aq da buntu..semoga allah dapat membantu dia selesaikan masalah kehidupannya..ini adalah doa ikhlas dari aq kerana aq sayangkan dia..haha..sebelum aq terlepas cakap atau silap menceritakan hal yang sebenar..aq tutup cerita sampai sini saja la..pada siapa yang dah baca blog aq yang tak seberapa ni..tolong la jangan buat kerja bodoh ni sebagai penutup segala masalah..seelok-eloknya berdoalah kepada yang esa..mohon petunjuk dari-NYA..
Sunday, September 25, 2011
Tuesday, September 13, 2011
Laman sosial atau laman "so sial".???
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..haha aq ada 1 cerita menarik yang aq nak ceritakan kat korang..baru2 ni aq ada la online friendster sekejap sebab nak main game dia..game dia boleh tahan gak bestnya..friendster ni lebih kurang macam facebook & twitter la..bleh add org jadi kawan & boleh chat..waktu aq tengah online khusyuk main game, ada sorang mamat ni add aq..lepas aq accept dia, dia ada hantar aq beberapa mesej..haha..geli doh kalo baca..haha..baca la..
ni mesej pertama yang dia hantar kat aq |
ni pula mesej kedua dia |
Aduh, aq da tak faham la manusia zaman sekarang ni..sejenis pon dia nak jadikan pasangan(couple)..ni baru dekat friendster..kalo dekat yahoo mail pon sama..de jugak yang minta aq jadi dia punya pengedar najis dadah..aih..laman sosial dah disalah guna oleh manusia didunia ini..kita sebagai pengguna laman sosial, gunalah ia seelok-eloknya..elok2 sebutannya laman sosial terus jadi laman "so sial"..kan da teruk tu..aih, fikir la sendiri..
Sunday, September 11, 2011
Adab kita wajah kita..
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua..haha da lama aq tak update blog aq ni..semua ni sebab aq tengah cari topik yg sesuai tok blog ni..haha meh sini aq nak kongsi cerita sikit..hari ni aq nak pergi praktikal..aq tak kan beritahu tempat aq praktikal tu kat mne..aq bukan nak cakap tentang praktikal atau apa2 yang berkaitan dengan praktikal tapi aq nak ceritakan tentang satu kejadian..kejadian ni berlaku waktu pagi 9/9/2011..hari jumaat..pagi tu lepas sampai kat tempat aq praktikal, aq tengok pemandangannya punya la indah dengan bunga2 nye dengan angin btiup sepoi2 bahasa terasa kat pipi aq ni..sedap mata memandang buatkan hati tenang je aq rasa waktu tu..waktu aq tengah dok termenung sorang2 tiba2 de sorang "awek" lalu depan aq..peh..seksi tak boleh nak katakan, lawa pon tak dapat aq nak ceritakan..wat mulut terleleh air liur..dia lalu depan aq punya la lembut, lemah gemalai..aq pon wat la muka tampan jap..lepas tu tiba2 dia buang sampah..waktu dia buang tu dia buat tak tau je yang aq ada dekat situ..aq ni halimunan ke.??? alamak, hancur sudah hati aq nak ngorat dia..harap je muka cantik tapi hampeh..main buang sampah macam tu je..mak aih..woit, adab kita wajah kita bak kata abi kat dalam cerita HKLBR..buang sampah pon boleh dikatakan adab kita juga..jgan la fikir pakaian da top seksi wat orang akan anggap awak tu cantik..tak..adab awak pon memainkan peranan terhadap kecantikan awak tu..kot ye pon kalo nak buang sampah, buang la kat tempat yang betul..tong sampah..jangan la main campak mcm tu je..tong sampah da disediakan, tinggal kita isikan sampah je..macam ne la tak berlakunya kes longkang & parit tsumbat, sungai banyak sampah,pencemaran alam..bila da berlaku itu ini baru la buat aduan..kita sendiri yang merosakkan bumi ini.alahai..fikir la dulu sebelum main buang je..kita semua bertanggungjawab terhadap kebersihan bumi ini..fikirlah dulu sebelum bertindak ok..
Tong sampah dah pon disediakan..tinggal kita sahaja yg perlu isikannya dengan sampah.. |
Adakah keadaan sebegini yang kita inginkan.??? fikirlah sendiri.. |
Monday, February 28, 2011
Bahasa apa tu.????
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan, meh sini kita kongsi satu lagi cerita..haha..Hari ni aq nak bercerita pasal "LAMAN SOSIAL"..Haha..Aq bukan sengaja nak buka cerita nih tapi terpaksa..Aq bukan nak ceritakan tentang laman sosial tu tapi tentang penggunanya..Aq de akaun facebook aq on la aq punya sebab aq nak chat ngan kawan aq jap, nak tau de kerja rumah ke tak tapi aq terkejut betul la..Nak tau tak kenapa aq terkejut.???
Haha..Aq terkejut sebab kebanyakan pengguna laman sosial tu sekarang nih da mula pandai berkata-kata kesat..Uih, terperanjat aq, opocot..Tak kisah la laman sosial yang mana satu..Facebook ke, Friendster ke, atau pape pon, sama je..Yang memeranjatkan aq betul, bila aq terbaca satu perkataan yang dihantar nih..Perkataan tu ialah "p+:"$ak"..Entah pe maksudnya tah, dan yang paling memeranjatkan aq, kata-kata tu datang dari kaum hawa kita sendiri..Uih, dah maju dah kaum hawa sekarang nih..Kalo dulu aq ada awek, memang aq tak bagi dia cakap macam tu, kalo dia cakap gak memang kena la dia (kalo dulu-dulu la, sekarang takde dah)...haha..Dulu lain, sekarang lain..
Akhir sekali aq nak bagitau korang, tak kisah la kalo ko lelaki atau perempuan..Kalo nak bercakap tu fikir-fikir la dulu sebelum cakap perkataan tuh, faham la dulu apa makna perkataannya, jangan la korang terus lantang je cakap..Apa-apa korang juga la yang dapat..haha, fikir la dulu..Minta maaf kalo aq berkata kesat dekat korang..
Meh sini aq tampal mulut ko.. |
Akhir sekali aq nak bagitau korang, tak kisah la kalo ko lelaki atau perempuan..Kalo nak bercakap tu fikir-fikir la dulu sebelum cakap perkataan tuh, faham la dulu apa makna perkataannya, jangan la korang terus lantang je cakap..Apa-apa korang juga la yang dapat..haha, fikir la dulu..Minta maaf kalo aq berkata kesat dekat korang..
Friday, February 25, 2011
Sayang.........
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan meh sini kita kongsi satu cerita. Hari ni aq nak bagitau dekat korang semua apa yang telah aq lihat hari ni. Harini aq da lihat seorang remaja sedang menahan kesakitan akibat dia da ditimpa kemalangan.
Macam ni ceritanya. Harini sejurus lepas aq habis kolej, aq duduk lepak kat kedai dengan kawan-kawan sekejap sebelum balik. Aq duduk minum dengan diorang, lepas 10/20 minit aq pon balik. Aq selalunya balik ikut highway lekas, jalan tu lagi dekat dan cepat untuk aq balik rumah. Jalan tu tak pernah sesak pun, walaupun dekat "traffic light". Tapi lepas traffic light pertama(Semenyih-Bangi) aq nampak jalan tiba-tiba sesak. Aq pun tak kisah la, terus je jalan. Lepas tu aq nampak ada ramai orang tengah berkumpul macam tengah menahan kereta atau apa-apa kenderaan dari lalu tempat tu, aq terkejut yang diorang tengah keluarkan seorang budak dari parit. Aq pon berhenti la kat tepi jalan sebab aq nak tengok apa yang dah terjadi sebenarnya. Aq terkejut lepas nampak badan dengan kepala budak tu berdarah. Budak tu menjerit-jerit macam tengah menahan kesakitan. Aq perasan, jeritan budak tu macam tengah memanggil mak/ibunya supaya menolongnya.
Hargailah ibu kita. Sayangilah mereka. |
Lepas berhenti aq tanya orang sekeliling, aq nak tahu apa yang dah berlaku dan macam mana boleh kemalangan ni. Orang sekeliling pun tak tahu macam mana kemalangan tu berlaku tapi aq terdengar percakapan salah seorang orang yang menolong iaitu orang yang tinggal berdekatan cakap, "budak-budak tu bawa motor dengan laju dengan tak berhelmet lepas tu terus melanggar sebuah kereta dekat satu simpang". Aq sedar yang diorang tengah berpakaian sekolah. Mungkin diorang baru balik dari sekolah.
Bukan seorang budak je yang terlibat dalam kemalangan tu tapi 4 orang ( 2 motor). Aq nampak salah satu motor yang diorang tunggang tu dah remuk. 2 orang tercampak ke parit dan 2 orang lagi hanya terseret di jalan. Sorang budak boleh kira parah juga sebab kepala dia berdarah, tangan da tak boleh nak bergerak, kaki dia macam dah patah. Budak selebihnya tak seteruk dia, cuma luka-luka biasa. Aq kesian dekat budak-budak yang terlibat dengan kemalangan tu. Lagi-lagi dekat seorang budak yang menjerit meminta ibunya menolongnya, sedangkan ibunya tak de dekat situ.
Cuba kita bayangkan, kalau kita yang terlibat dalam kemalangan tu, meminta pertolongan ibu kita. Apa yang dah kita berikan dekat ibu kita, mak kita, bonda ataupun mama kita. Kesedihan, tangisan yang kita dah bagi dekat diorang iaitu orang yang dah melahirkan kita, menyusukan kita dan menjaga kita sedari kita kecil lagi. Kasihanilah mereka, walaupun tiada kejayaan yang dapat kita berikan tapi kegembiraan sudah cukup bagi mereka, percayalah. Mereka adalah harta yang paling berharga pada kita. Hargailah mereka. Semua kejadian ni mengingatkan aq dekat apa yang dah terjadi atau berlaku dekat aq sebelum ni, aq dah menyusahkan mak aq, keluarga aq. Janganlah korang lakukan apa yang pernah aq lakukan dekat mak aq dulu. Korang pasti akan menyesal. Hargailah mereka.
Thursday, February 24, 2011
Apakah rokok.??
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan..Meh sini kita berkongsi cerita nak.. Hari ni aq nak bercerita tentang rokok. Aq rasa setiap orang perlu mengetahuinya, termasuk aq juga.
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklahbahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotindan Karbon Monoksida.
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.
Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.
Zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah :
2 kali lebih banyak nikotin
5 kali lebih banyak karbon monoksida
3 kali lebih banyak tar
50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesehatan
Bahaya asap rokok terhadap ibu hamil dan janin yang dikandungnya
Keguguran janin
Tumbesaran janin terencat – 30% lebih tinggi
Kematian janin dalam kandungan
Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Berat badan berkurang – 20 hingga 30%
Bahaya asap rokok terhadap bayi
Masalah dan penyakit pernafasan
Mengganggu terhadap perkembangan kecerdasan
Jangkitan telinga
Leukeamia
Kanker otak 22%
Cepat lelah
Sindrom kematian secara mendadak
Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Ni lah antara kesan-kesan pada perokok |
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Petikan daripada Utusan Malaysia:
SEMUA setuju jika dikatakan golongan wanita pada zaman ini lebih maju, berpelajaran dan berjaya. Peningkatan taraf hidup serta kejayaan ini membolehkan mereka mempunyai kuasa maksimum untuk berbelanja dan membuat pilihan membeli apa yang diingini melalui pendapatan yang diperoleh. Namun, di sebalik semua kecemerlangan dikecapi wanita itu, dek kemodenan dan peredaran zaman, sama ada kita sedar atau tidak, jumlah pembabitan kaum hawa dalam aktiviti sosial terutamanya merokok juga semakin meningkat naik. Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuktikan, peratusan jumlah wanita yang merokok meningkat di negara membangun termasuk Malaysia, sementara angka perokok lelaki mula menunjukkan penurunan tapi anehnya meski pada bungkusan atau kemasan rokok sudah tercantum tulisan tentang bahaya rokok yang sangat menakutkan, tetap saja banyak yang merokok.
Rokok mengandung lebih dari empat ribu zat-zat dan dua ribu diantaranya telah dinyatakan berdampak tidak baik bagi kesehatan kita, diantaranya adalah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di “kamar gas maut” bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, serta masih banyak lagi. Dan zat pada rokok yang paling berbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandung kurang lebih empat puluh tiga bahan yang menjadi penyebab kanker atau yang disebut dengan karsinogen. Nikotin mempunyai zat dalam rokok yang dapat menyebabkan ketagihan, ini yang menyebabkan para pengguna rokok sulit sekali untuk berhenti merokok. Nikotin merupakan zat pada rokok yang beresiko menyebabkan penyakit jantung, 25 persen dari para pengidap penyakit jantung disebabkan oleh kegiatan merokok
Alamak..
Assalamualaikum..hai kawan-kawan, meh sini kita kongsi cerita..Kawan-kawan, aq nak tanya sikit dekat korang semua..Aq nak tau la yang korang semua faham tak pe makna Maulidul Rasul tu..??
Maulidul Rasul itu adalah hari sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W pada 12 Rabiulawal bersamaan 23 April. Ianya disambut pada setiap tahun. Baginda merupakan Nabi Serta Rasul yang diutuskan oleh ALLAH S.W.T kepada kita semua. Ianya merupakan hari paling bersejarah bagi umat islam seluruh dunia. Setiap umat islam harus atau pun perlu meraikannya. Bukan tarikh lahir kita sahaja yang perlu kita raikan tapi kelahiran juga perlu kita raikan.
Hari ni kolej aq ada mengadakan "Sambutan Maulidul Rasul". Memang meriah betul sambutan tu. Ada pertandingan nasyid, teka teki tentang Baginda, tulisan rumi ke jawi. Banyak lagi la pertandingan yang kolej aq dah adakan. Semuanya memang best la tapi sambutan ni dah dicemari dengan bunyi bising. Bukan datang dari keadaan luar atau persekitaran tapi oleh hadirinnya sendiri.
Aq pelik la remaja sekarang ni. Diorang tau ke tak apa itu maulidul rasul sbenarnya. Kenapa kita mengadakan sambutan tersebut. sambutan Maulidul Rasul ni bukannya sebua pasar malam atau Supermarket tempat yang kita boleh buat bising atau berteriak tentang benda yang bukan-bukan. Tapi ianya adalah hari sambutan kelahin Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Kita harus hormatinya.
Aq tau yang aq tak perlu memberi nasihat atau memarahi diorang tapi aq juga Umat Islam. Walaupun aq tidak begitu tahu apa-apa tentang Baginda S.A.W tapi aq harus atau perlu menghormatinya. Aq da malas nak cakap banyak-banyak. Jika/Sekiranya anda adalah umat islam, tolonglah hayati dan hormati majlis tersebut. Terima kasih..
Saturday, February 19, 2011
Tak cukup benang.??????
Assalamualaikum kawan-kawan, meh sini kita kongsi cerita meh..harini aq ada 1 cerita la..aq tadi on google nak cari picture la kan, tapi pic lain aq cari pic lain yang keluar..layan la skali..de satu pic ni sedap mata memandang bagi lelaki tapi sedap juga ayat manis yang dia bagi..nak tau tak pe ayat dia tuh..ayat ek "jangan nilai pada pakaian"..cuba korang semua faham pe maknanya ni..aq nak tau sangat la, sekarang nih kita semua tak cukup benang ke..???
Ok tak kalo pakai macam ni bagi perempuan.??? |
Aq pelik sampai bingung..kenapa la orang sekarang ni suka sangat pakai pakaian yang "tak cukup benang" pastu "sendat" lagi "ketat"..pehhh, enak mata memandang, enak lagi dosa yang datang bertandang..tak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya sama je..macam dunia ni da xde benang je..seelok-eloknya tolong la jaga sikit pakaian korang tuh.. Kita semua dah diberi otak, dah pandai berfikir..cari la mana baik buruknya..kalo korang semua rasa pakai pakaian ketat-ketat lagi sendat tu elok, korang pakai la tapi kalo korang rasa tak elok, alhamdulillah..jagalah cara pemakaian kita tu..kalau khalayak umum memandang kita yang sedang berpakaian sebegitu, mesti anggapan diorang tentang kita buruk juga..Kita sendiri yang menetukan aggapan orang lain tentang diri kita..
Aq tak berniat apa-apa pun untuk pertikaikan tajuk ni..aq tau yang setiap orang berhak memakai apa-apa jenis pakaian pun, cuma kita sebagai pemakai pakaian tu kena la pandai memilihnya khususnya bagi orang-orang yang beragama islam..kita pon tau apa itu "aurat"..betul tak..cuba kita fikirkan apa hukumannya yang Allah S.W.T berikan jika kita mendedahkan aurat kita pada khalayak umum..kalau kita nak pakai sendat-sendat, ketat-ketat pun jangan la dikhalayak umum pakai dirumah je sudah..kita kena pandai berfikir dan pandai memilih..renung-renungkanlah..
Friday, February 18, 2011
Kabel Sepaksi
-Arus terus (direct current) (dipanggil bias) ditambah kepada isyarat bagi membekalkan kuasa kepada peralatan dihujung
Terdapat dua jenis kabel Coaxial iaitu :
Thicknet |
* Nama lainnya Thick Coaxial atau Thicknet.
* Spesifikasinya 10 Base 5.
* Angka 5 merujuk kepada nilai maximum jauh segmen yang boleh dibawa iaitu 500m.
* Untuk menjalankan rangkaian pada jarak jauh.
* Mempunyai penutup plastic yang dapat menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah.
* Dapat tampung gelombang yang lebih besar.
* Keburukan : Sukar dipasang kerana sukar dibengkokkan.
Thinnet |
* Nama lainnya Thinnet.
* Spesifikasinya 10 Base 2.
* Angka 2 merujuk kepada nilai maximum jauh segmen yang dibawa iaitu 200m.
* Tetapi dari segi jarak sebenar ialah sejauh 185m.
* Tidak tahan lama, senang dibengkokkan.
Kebaikan Kabel Coaxial :
1-Boleh menampung pengkabelan yang panjang di antara rangkaian dengan peranti lain berbanding kabel STP.
2-Peka kepada kehadiran isyarat.
3-Dapat tampung gelombang yang lebih besar kerana ada penutup plastic yang mengahalang kelembapan dari bahan konduktor.
Kelemahan Coaxial :
1-Sukar dibengkokkan.
2-Sukar dimasukkan kepada connector.
Antara ciri-ciri lain coaxial ialah:
1-Membawa kapasiti medium.
2-Ethernet system (10Mbps).
3-Agak baik berbanding dengan UTP.
4-Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated) berbanding UTP.
5-Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan.
2-Peka kepada kehadiran isyarat.
3-Dapat tampung gelombang yang lebih besar kerana ada penutup plastic yang mengahalang kelembapan dari bahan konduktor.
Kelemahan Coaxial :
1-Sukar dibengkokkan.
2-Sukar dimasukkan kepada connector.
Antara ciri-ciri lain coaxial ialah:
1-Membawa kapasiti medium.
2-Ethernet system (10Mbps).
3-Agak baik berbanding dengan UTP.
4-Lebih sukar untuk ditamatkan (terminated) berbanding UTP.
5-Perlu berhati-hati apabila membengkokkannya semasa pemasangan.
Penyambung Kabel Sepaksi |
Penyambung Bagi Kabel Coaxial :
*Yang paling sesuai ialah BNC (Beyane – Neil – Councelman).
*ia juga diguna bersama T Connector dan Terminator.
*Connector bahagian yang paling lemah dalam network, maka connector yang menggunkan crimp adalah lebih baik berbanding connector yang menggunakan screw.
Fiber Optik:-
*Mengandungi satu tuas yang diperbuat daripada kaca, terletak di tengah, dikelilingi beberapa lapisan bahan pelindung
*Menggunakan isyarat cahaya untuk penghantaran data
*Ini dapat mengelak gangguan gelombang frekuensi yang disebabkan oleh bahan elektrik
*Amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi
*Tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu atau kelembapan cahaya
*Tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu atau kelembapan cahaya
*Dapat menghantar isyarat dalam lingkungan kawasan yang besar berbanding kabel UTP dan Coaxial
*Berkeupayaan membawa maklumat pada kepantasan yang tinggi
*Memperluaskan keupayaan komunikasi (video conferencing)
*Spesifikasinya ialah 10 Base F (‘F’ merujuk kepada Fiber)
*Jaket luar pelidung diperbuat daripada Teflon atau PVC
*Fiber Kevlar membantu menguatkan dan menghalangnya daripada patah
*Lapisan plastic bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah-tengah
*Wayar tengah dibuat daripada fiber plastik atau kaca
Kebaikan :
Kebaikan :
-Ringan dan berdiameter kecil.
-Dapat kurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik.
-Lali dan ahan pada kerosakan akibat suhu, kelembapan dana cahaya.
-Dapat menghantar isyarat dalam kawasan yang lebih besar.
-Jangka hayat lebih 20 tahun, bergantung kepada cahaya.
-Meluaskan kupayaan berkomunikasi.
Keburukan :
-Kos pengkabelan jauh lebih tinggi.
-Sukar dmasukkan kerana memerlukan kemahiran dan peralatan khas.
-Sukar diubah suai
-Dapat kurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik.
-Lali dan ahan pada kerosakan akibat suhu, kelembapan dana cahaya.
-Dapat menghantar isyarat dalam kawasan yang lebih besar.
-Jangka hayat lebih 20 tahun, bergantung kepada cahaya.
-Meluaskan kupayaan berkomunikasi.
Keburukan :
-Kos pengkabelan jauh lebih tinggi.
-Sukar dmasukkan kerana memerlukan kemahiran dan peralatan khas.
-Sukar diubah suai
Sunday, February 13, 2011
Pesanan buat pengguna facebook.
Facebook founder
Mark Zuckerberg
Maaf saya terpaksa menghantar mesej ini. oleh kerana facebook menjadi sangat popular kebelakangan ini, banyak aduan bahawa facebook menjadi lembab (lambat). laporan menunjukkan bahawa penyebabnya ialah terdapat beberapa ahli tidak aktif dan yang kedua, banyak ahli baru. Kami menghantar mesej ini untuk mengenalpasti sama ada anda adalah ahli aktif atau tidak. Jika anda aktif, boleh anda hantar mesej ini kepada sekurang-kurang 15 pengguna. guna 'copy/cut and paste' untuk menunjukkan bahawa anda masih aktif. Sesiapa yang tidak menghantar mesej ini dalam masa 2 minggu akan disingkirkan untuk mendapatkan lebih ruang. Hantar mesej ini kepada rakan anda untuk menunjukkan anda masih aktif dan tidak ingin disingkirkan.
Thursday, February 10, 2011
Berita..berita..berita..
Assalamualaikum..
Aq nak ceritakan satu kejadian yang amat mengerikan yang baru terjadi kat aq.. Hari rabu semalam waktu aq balik kolej aq nak terbabit dalam eksiden, naik takut aq wo.. Kejadian tu blaku sebaik saje aq balik dari kolej. Ada lak awek nak langgar aq guna motor dia..tolonggg!!!!
Ahh..senyuman yang mengerikan.... |
Cerita ek macam nih.. Waktu tu aq baru balik kolej.. Aq start motor pastu tros la gerak balik.. Elok awak ngah mamai dgn motor ek tiba2 de satu motor EX5 main keluar dari simpang, dua orang awek kat motor tuh.. Mak aih, awek bertudung, lawa nye diorang.. Awak pon slow kan la motor tu sebab nak tengok2 orang ek..pehh!!!.. Skali baru la aq prasan yang diorang bwak motor tu kat lorong aq, xleh jadi nih nanti eksiden.. Aq pon tukar la ikut lorong lain.. Bila aq dah tukar lorong tu ingatkan boleh la aq tros balik je tapi dia pon ikut skali tukar lorong yang sama.. Mak aih.. Tolonggg!!!!!
Huihh, lagi ckit nak eksiden tu, nasib baik waktu tu aq sempat tukar lorong. Kalo tak mesti da "gedebushhh" eksiden.. Awak da la tengah injured lg sebab eksiden dulu, nasib baik yg ni tak eksiden.. Yang tak boleh tahan nya waktu tu diorang sempat lak tersenyum kat aq pulak tuh. Huih, mengerikan betul bila tringat balik.. bukan waktu eksiden tu yang mengerikan tp waktu diorang tersenyum kat aq tuh.. lemah smangat aq dibuat ek.. Nasib baik korang awek bertudung, sejuk hati ni sikit ha..haha
Input & Output Unit
Definisi Input
Input Device / Peralatan Masukkan merupakan perangkat keras yang berfungsi untuk memasukkan data dari luar system ke dalam suatu memorian prosessor untuk diolah dan menghasilkan informasi yang diperlukan.
Contoh-contoh Input :
Keyboard
Keyboard merupakan unit input yang paling penting dalam suatu pengolahan data dengan komputer. Keyboard dapat berfungsi memasukkan huruf, angka, karakter khusus serta sebagai media bagi user (pengguna) untuk melakukan perintah-perintah lainnya yang diperlukan, seperti menyimpan file dan membuka file.
Mouse / Tetikus
Mouse adalah salah satu unit masukan (input device). Fungsi alat ini adalah untuk perpindahan pointer atau kursor secara cepat. Mouse terdiri dari beberapa port iaitu mouse serial, mouse ps/2, usbdan wireless.
Mikrophone dan Headphone
Unit masukan ini berfungsi untuk merekam atau memasukkan suara yang akan disimpan dalam memori computer atau untuk mendengarkan suara. Dengan mikropon, kita dapat merekam suara ataupun dapat berbicara kepada orang yang kita inginkan pada saat chating. Penggunaan mikropon ini tentunya memerlukan perangkat keraslainnya yang berfungsi untuk menerima input suara iaitu sound card dan speaker untuk mendengarkan suara.
Definisi Output
Output device / Peralatan Keluaran merupakan perangkat keras yang berfungsi untuk menampilkan atau menghasilkan keluaran informasi dari proses komputer. Soft Copy output dapat dilihat pada monitor sementara; hard-copy output boleh kita dapatkan melalui penggunaan printer.
Contoh-contoh Output :
Monitor
Monitor adalah skrin di mana kata-kata, angka, dan gambar dapat dilihat. Monitor adalah peranti output yang paling biasa dan berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
Floppy Disk / Cakera Liut
Cakera liut (floppy disk) adalah peranti menyimpan data yang terdiri dari kepingan bulat nipis mudah lentur (liut) medium storan bermagnet disarung oleh bekas plastik segi empat sama atau segi empat bujur. Cakera liut dibaca atau ditulis dengan menggunakan pemacu cakera liut.
Pendrive / Pemacu Kilat USB
Pemacu kilat USB adalah peranti storan ingatan kilat yang disepadukan dengan antara muka USB.Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa kemana sahaja.Kapasiti simpanan biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB[1] dengan penambah baikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pemacu kilat membenarkan kitar tulis-padam sehingga lebih sejuta kali serta mempunyai jaminan pengekalan data selama 10 tahun, disambung menggunakan penyambung USB
Perbezaan Input & Output
Input | Output |
· Unit Input bertugas untuk menguruskan kemasukan data ke dalam komputer. · Data atau arahan yang diberikan adalah dalam bentuk tulisan, bunyi, gambar, suara, isyarat dan sebagainya. · Unit Input akan menukar arahan dan data yang diterima ke bentuk binari. | · Hasil daripada pemprosesan akan diletakkan dalam bentuk tesuntik (editor) dan dihantar kepada peranti output. · Unit output bertugas untuk mengeluarkan data yang telah di proses oleh komputer ke bentuk yang dikehendaki oleh manusia. · Arahan atau data yang diproses oleh komputer adalah dalam bentuk binari yang mana ia amat sukar difahami oleh manusia. · Unit ini diperlukan untuk menukar arahan atau data yang diproses dalam kod binari kepada bentuk teks, gambar, bunyi dan video. |
Monday, February 7, 2011
Siapa tuan ko.????
Siapa Tuan aq.????
Ayam laga. |
7 Feb 2011 - Hari ni aq nak ubah suai sikit persekitaran kandang ayam aq. Aku nak tanam pokok-pokok bunga sikit biar nampak cantik sikit. Dalam diam aq tengah khusyuk leka dengan kerja, aq nampak seekor ayam tak mungkin tu ayam aq sbb aq bela ayam kampung tapi ayam tu ayam laga. Aq pun cuba la nak tangkap ayam tu. Dapat.
Hari ni aq dapat tangkap seekor ayam laga. Aku tangkap sebab aq nak jaga ayam tu. Ayam ni penuh dengan luka dekat badan dia, dia punya bulu pun tak de. Tah dia jadi mangsa laga atau sabungan kot ataupun mungkin kena kejar dengan anjing liar.
Kalau tk salah aq, sekarang ni ada seekor anjing liar dah mula masuk tempat aq. Anjing liar tu kejar ayam-ayam dekat sini. Ayam aq, seekor induk tengah mengeram dngan seekor induk anak empat ekor jadi mangsa anjing tu. Saudara aq pulak ayam serama dia habis semua cuma seekor je yang tinggal. Kat tempat aq yang tinggal cuma bulu2 nye lah. Mungkin ayam laga ni pon jadi mangsa anjing tu.
Badan ayam laga tu |
Yang aq pelik nya, slalu nya ayam laga mesti punyai tuannya tapi yang ni tak de. Aq pernah tanya saudara aq yang ayam laga ni dia punya ke tapi dia cakap tak, bukan dia punya. Tak mungkin la ayam laga ni liar dan tak bertuan, kalau ayam ni liar tak mungkin la senang sangat aq nak tangkap dia. Jinak je dia datang kat aq. Aq hulur makan pastu dia datang kat aq.
Ayam ni aq tangkap takde niat pape pon cuma aq nak jaga dia biar sembuh dari luka-luka kat badan dia tu, aq rasa simpati. Aq tak de niat pun tuk melagakan dia atau menyabungkan dia pon. Perbuatan-perbuatab ni salah di sisi islam. Nawaitu aq baik. Aq nak jaga dia sahaja.
Kenangan yang manis bercampur masam.
Aq pon dulu ada bela ayam laga gak tapi ayam aq tu da kena curi orang. Aq pon tau la sikit-sikit hal pasal ayam laga, macam ne nak jaga. Tah kenapa tah dia curi ayam aq tu, aq nak tau sangat kenapa. Ayam kampung aq tak pulak dia curi tapi ayam laga aq gak. Kalo aq dapat la orang yang curi ayam aq tu memang tak kan aq lepaskan dia.
Sunday, February 6, 2011
Mari kita nyanyi sama2, layan rock dlu lepaskan geram, tension, bosan atau pape pon prasaan. Kalo xde tempat luahan mari kita nyanyi sama2..
Awie - Di Penjara Janji
Hatiku digirisnya lagi
Kali ini lebih dalam dan pedih
Kerna aku sudah berjanji
Dia cinta ku yang terakhir
Sungguh tak pernah ku menduga
Dia akan mengulanginya semula
Namun untuk menodai cinta
Dan membiarkan aku sengsara
Dia tempat ku sandar
Angan ku pendamkan
Satu percintaan
Yang bisa ku jadikan
Tangga-tangga ku ke pintu syurga
Meleraikan rindu
Mengecap bahagia
Yang kerap dimadah
Insan yang murni
Yang dah rasakan cinta
Yang aku... mimpi
Subscribe to:
Posts (Atom)